Sabtu, 19 September 2015

[Jejak Kembara] Peatland Forest Ranger Program

Assalamualaikum dan Salam Ceria

Saya telah menyertai program tahunan 'Peatland Forest Ranger Camp' selama 3hari 2malam di Kuala Gula, pada 3-5 September 2015 anjuran GEC (Global Environment Center) yang disertai oleh 40 pelajar dan guru dari 4  buah sekolah sekitar Kuala Selangor dan 15 orang sukarelawan/ti dari HSBC yang telah menaja untuk program tahunan ini.

Program ini telah memberi maklumat dan ilmu tentang kepentingan Hutan Paya Laut dan ekosistem yang tak pernah pun saya peduli sebelum ini.

3 September 2015 (Khamis)

Kami telah dibawa melawat ke Kilang dan Galeri Kayu Arang di Kuala Sepetang.

Disini penerangan tentang proses kayu Bakau yang digunakan untuk membuat arang.

Baru tahu kayu untuk buat kayu arang, adalah dari kayu Bakau yang berusia 30 tahun sahaja, ye uolls!

Spesis Kayu Bakau Minyak dan Kayu Bakau Kurap merupakan jenis yang terbaik untuk membuat arang.

Malaysia merupakan antara negara pengeksport arang ke Jepun, Korea, Canada dan lain-lain yang berkualiti di dunia. Ia banyak mendapat permintaan untuk pembuatan kosmetik, ubatan, kegunaan am dan lain-lain.

Pemprosesan untuk membuat arang adalah lebih kurang selama 30 hari.
10 hari - Kayu Bakau dibakar dengan api besar.
10 hari - Kayu Bakau dibakar dengan api sederhana
10 hari - untuk proses penyejukkan

Kayu bakau akan distim di dalam ketuhar yg diperbuat dari lumpur (clay oven) yang sangat besar dan ia boleh memuatkan sehingga 10-15 ribu batang Kayu Bakau dlm satu² masa. Stim tau uolls bukan dibakar.

Hutan Paya Laut Matang,
Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Pembelajaran mengenai Hutan Paya Laut diteruskan disini.
Hutan Paya Laut Matang adalah yang terbaik di dunia dan telah berusia lebih dari 100 tahun!
Bertuahnya dapat menjejakkan kaki di sini.

Banyak jenis pokok bakau yang ada seperti pokok Jeruju, Api-api Jambu, Api-api Hitam, Berembang dan macam-macam lagi. Ada sebatang pokok Bakau Minyak yang telah berusia 65 tahun tau di situ.

Kuala Gula Sanctuary Resort

Kami disambut dengan mesra oleh Sahabat Hutan Bakau (SHB) iaitu  orang² kampung Kuala Gula yang bergerak aktif dalam memelihara Hutan Paya Laut.

Pekerjaan utama penduduk Kg Gula adalah sebagai nelayan dan kebanyakkan adalah wanita. Kaum lelaki pula banyak terlibat dalam sektor perladangan kelapa sawit dan perindustrian. Wanita tau jadi nelayan!

Di samping itu mereka juga membuat produk² dari hasil Hutan Bakau, membuat ikan kering, membuat produk dari daun nipah, mengambil upah mengopek kerang, membuat hasil kraf dari bahan recycle dan macam² lagi. Mereka sangat kreatif  dan bersemangat untuk menjana pendapatan sampingan.

Seperti kata Pn Puji pengerusi SHB, Kg Gula bukanlah tempat pelancongan yang menarik. Hanya ada laut yang berlumpur dan agak terpencil, tetapi mereka sentiasa menjadi tumpuan bagi kaki² pancing, pencinta² burung dari luar negara dan burung² hijrah yang terbang sejauh 25,000km untuk hidup selama 6 bulan di sini ketika musim sejuk di negara asal mereka.

4 September 2015

Selepas bersenam dan bersarapan, kami dibawa ke Pusat Konservasi Hidupan Liar (Burung Laut), Kuala Gula. Kami diberi penerangan dan sesi video mengenai burung² laut yang terdapat di Kuala Gula.

#korangtautak


ketam lembut sangat terkenal di sini. Harganya agak mahal berbanding ketam biasa. Adakala harganya boleh mencecah sehingga RM50-RM100 sekilogram.
Kami diberi penerangan bagaimana proses  ketam lembut dibuat. Hanya ketam Nipah sahaja yang sesuai untuk dibuat ketam lembut.
Rupanya ketam Nipah ni akan menukar/salin kulit setiap kali mereka membesar. Ketika proses inilah, ketam tanpa kulit ini akan dimasak sebelum kulit ketam mengeras semula.

Menu ketam lembut merupakan makanan kegemaran penduduk tempatan dan pelancong yang berkunjung ke Kuala Gula. Jika ke Kuala Gula bolehlah singgah ke JS Muara Restoran Terapung untuk menikmatinya, ya.

Penerangan mengenai pemprosesan arang oleh Mr Chuah
 
Inilah Kayu Bakau Minyak yang akan distimkan ke dalam Clay Oven
Itu asap yang keluar dari Clay Oven ketika proses stim. Bau asap tu seperti air laut kerana Kayu Bakau mengandungi air laut uolls.

Foto pokok Kayu Bakau Minyak yang berusia 65 tahun bersama sahabat sukarela HSBC di Hutan Paya Laut Matang, Perak

Tempat pembungkusan arang untuk pasaran tempatan.

Yang bulat besar seperti iglu tu la yang dipanggil Clay Oven. Besar kan!

Jungle trekking di dalam Hutan Paya Laut Matang.

Ammar ketika sampai di sini.
Geng sukarela HSBC

Melissa Wong & me @ Pusat Konservasi Hidupan Liar (Burung Laut), Kuala Gula

Ini dipanggil Bubu untuk perangkap ketam, ya adik². Penerangan oleh En Wahab dari SHB. 
Akak pun baru tahu ini namanya bubu... hahaha
Nak ketam??? Ini ketam Nipah yang telah dibuang kakinya untuk proses menjadi ketam lembut.

En. Wahab dari SHB tekun memberi penerangan cara proses ketam lembut.

Ketam Nipah dewasa, tak boleh buat ketam lembut. Sesuai buat masak gulai je...hehehe

PIFWA & PIFWANITA
Pusat Pendidikan Kecil Hutan Paya Laut
Sungai Acheh, Pulau Pinang

Lawatan di sini sangat mengujakan kerana layanan pihak PIFWA & PIFWANITA kepada kami amat baik sekali. 

Selepas makan tengahari yang sedap, kami diajar membuat kuih lepat dari buah Api-api Jambu. Selain itu buah ini juga boleh dibuat buah melaka. 
Banyak produk yang mereka buat dari hasil Hutan Paya Laut ni, seperti Jem Berembang, Teh Jeruju, Keropok Gedabu, Bubur Berus. Penduduk kampung ini juga ada yang membuat Belacan sebagai produk keluaran kampung mereka. Kalau ke Kg Sg Acheh, bolehlah dapatkan Belacan di sini ya.

Lepat Api-api Jambu 


Lepat Api-api Jambu in progress

Kenangan bersama PIFWANITA yang banyak membantu menjalankan misi Pendidikan dan pembangunan PIFWA

Yeahhh!!!

Sepanjang berada di Kg Sg Acheh, kami dibawa melawat di persekitaran dewan ini yang telah ditanam dengan pelbagai tumbuhan dan ulaman.

Ada sejenis pokok yang sangat Berbahaya jika kita terkenal getahnya. Namanya ialah pokok Bebuta. Getah yang ada pada pokok ni, jika terkena mata boleh menyebabkan buta, uolls!
Namun, akar pokok Bebuta ni sangat mujarab untuk merawat sakit gigi.
 
Tips: Jangan suka² petik daun atau patahkan ranting pokok ya. Jika tersalah petik, akibatnya tanggung sendiri.

Antara pokok-pokok yang terdapat di persekitaran Kg Sg Acheh

Pokok Bakau Minyak

Pokok Api-api Jambu ni berbuah ikut musim.
Buahnya perlu direndam selama 4 hari & direbus 4 hari lagi. Sesuai untuk buat Lepat dan kuih buah Melaka. Sedap!
Buah pokok Gedabu pula boleh dibuat sos pencecah keropok, kuah rojak dan Keropok Gedabu.

Buah pokok Berambang @ Berembang dibuat jem. Rasanya seperti Raspberry , masam manis. Proses pembuatan juga sama seperti buah Api-api Jambu.

Daun Jeruju yang akan dikeringkan untuk dibuat serbuk teh. Teh Jeruju  untuk membantu perjalanan darah di dalam badan dan memulihkan kulit yang bermasalah

Cak! Cak! dalam Hutan Paya Laut Sg Acheh

Berada dikelilingi pokok Paya Bakau adalah 10x ganda udara segar dapat uolls hirup.
Cukup oksigen, kita pun makin sihat!

Setelah tamat program di Kg Sg Acheh, semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Gula kami singgah di kedai yang menjual telur masin dan ikan kering. 

Memborong telur masin...jeruk kedondong pun ada jual kat sini. Kak Puji nak sikit..

Me & Radiga di Jeti Kuala Gula.

Di balkoni chalet kami. Nak memancing boleh  terus lontar joran dari sini jer. Sebelah chalet ni Kg Nelayan Cina.

Kusyuk buat kraftangan dari kain perca untuk buat brooch dan patung dari kulit kerang.

Haaa...ni hasil yang saya buat. Alhamdullilah menjadi pun. Bukti tangan tak keras. Hehehe

Orang kuat SHB yang membantu kami buat kraftangan.

Anak benih Bakau Minyak yang perlu kami jaga sebagai amanah dan memupuk rasa sayang padanya untuk ditanam esok di tapak semaian di Kuala Gula.

Hasil kraftangan Sahabat Hutan Bakau yang kreatif dari bahan recycle.


 
Pagi yang tenang tika fajar menyingsing


Senaman dan regangan sebelum turun ke lapangan lumpur Teluk Rubiah untuk menanam anak pokok Bakau. Semangat! Semangat!


Menanti bot di Jeti yang akan membawa kami 

Selamat semua dah turun dan masuk ke dalam bot.

Inilah lapangan lumpur Teluk Rubiah yang akan ditanam dengan 400 anak-anak pokok Bakau.

Masuk jer dalam lumpur ni kaki dah tenggelam paras lutut. Terasa la ketam dan kerang di telapak kaki. Hehehe ada rasa geli².
Kami dikehendaki menanam sekurang-kurangnya 3 batang anak pokok bakau.

Gembira bermain lumpur sambil tanam pokok.
Panas terik takde hal, janji hati puas!!!
Muehehe

Memori kami bersama guru-guru pengiring Sekolah yang terlibat.

Saya, Radiga dan Azeanty di tapak projek semaian anak benih pokok bakau.

Grup GEC yang telah menganjurkan program ini dan memainkan peranan yang penting dalam memelihara alam sekitar terutama pemeliharaan Hutan Paya Laut. 
#kipidap #sahabathutanbakau #hsbcvolunteers

Semoga usaha kami diberkati Allah dan anak-anak pokok bakau yang ditanam dapat tumbuh, membesar dan rantaian ekosistem Hutan Paya Laut akan berterusan. In Sha Allah. 

Sepanjang saya disini, vitamin Shaklee tak pernah tinggal tau. Sunburn pun taklah teruk sangat sebab saya ambil vitamin C sebagai protection.
Berhujan, berpanas, berpeluh, kepenatan, kelelehan dan kurang tidur kerana program yang sangat padat.
Namun, saya dapat laluinya dengan sihat, gembira dan cergas. Alhamdullilah dengan izinNya.